onlne desara shop. Powered by Blogger.

20 Sep 2012

Blog Baru Penulis Sama


Hai semua. Sarah merupakan penulis blog Sararose.com tapi disebabkan blog itu lebih kepada berita dan serius, jadi Sarah mengambil keputusan untuk membina satu lagi blog yang diberi nama Api Sejuk ini.

Oh ya, mungkin ada antara korang yang tertanya-tanya kenapa Api + Sejuk?
Api sudah dijadikan mempunyai sifat panas atau membahang. Jadi, api yang bersifat sejuk adalah mustahil sama sekali. Bagi membuatkan nama blog ini lagi senang diingati, nama-nama pelik dan unik menjadi pilihan. Kebetulan nama blog ini masih available, jadi Sarah terus rembat lah nama nie.

Mengenai tema ataupun penulisan di blog ini, Sarah lebih kepada personal kerana memang sudah lama Sarah teringin nak ada blog personal. Lagi-lagi color PINK! Bukan apa, blog berunsur formal ,Sararose.com tak sesuai untuk color pink. Boleh tu memang boleh tapi tak kena pada tempatnya la kan.

Harap dengan adanya blog kedua ini tidak ada lagi penambahan blog ketiga ataupun keempat nanti. Ada dua blog nie pun sudah cukup memeningkan. Mana tak peningnya, time nak update mana satu yang harus didahulukan? Harap adalah nanti orang yang sudi follow Blog nie. Rasa macam cukup special blog nie pada diri Sarah. Huh? Ayat tak boleh bla...


Okey la, terima kasih kepada sesiapa yang membaca INTRO blog yang tak seberapa sempurna lagi nie. Maklumlah, baru bukak. Banyak benda yang harus di renovate. Tinggalkan link korang supaya Sarah dapat refollow korang nanti. Kalau rasa boring boleh lah melawat blog satu lagi Sararose.com.





1 kritikan sahaja:

  1. amboi byknye belog die..
    hei follow gune blog ni lak :)

    ReplyDelete