onlne desara shop. Powered by Blogger.

29 Oct 2012

Review Product : Nano White



Sebut saja Nano White, dalam fikiran mesti teringat kat dutanya yang comel molek, Diana Danielle. Memang sesuai sangat la dia jadi duta Nano White kan, dengan kulitnya putih melepak tu. Sarah juga baru-baru nie telah mencuba produk Nano White atas gesaan saleswomen kat Supermarket. Lagipun, before pergi supermarket tu Sarah ade jugak search pasal produk nie, dan kebanyakan testimoni dan pengguna Nano White kata produk nie bagus. Jika sebelum ini Sarah memang setia giler kat Clean&Clear, tapi malangnya Sarah rasa produk tu tak berapa berkesan untuk menentang jerawat. 

 First time Sarah beli  Nano White Awakening Snow Wash yang sangat best nie. Harga produk nie terus terang Sarah cakap, agak mahal berbanding produk lain seperti Safi, Syurah, Clean&Clear dan seangkatan dengannya. Hari tu kebetulan ada promosi, beli ceanser dia bagi percuma cleansing milk 50 mL . Harga pencuci muka  Awakening Snow Wash nie dalam Rm17 lebih kalau tak silap. Demi nak try, Sarah beli jugak , lagipun dapat 2 barang sekaligus. Kira Ok la.

 Awakening Snow Wash best!

Pada bulan pertama pakai, kawan Sarah ada tegur. Dia cakap muka Sarah dah makin ok sekarang. Parut jerawat pun makin pudar. Apa yang Sarah suka tentang Awekening Snow Wash nie adalah dia tak keringkan muka seperti produk lain. Walaupun hasilnya agak lambat (kata sesetengah orang), tapi bagi Sarah ianya satu produk yang sangat best. Lagi-lagi Sarah suka cuci muka dengan kerap, sebab muka selalu keluar minyak banyak. Biasenya bila kita selalu guna pencuci muka dengan kerap, muka kita jadi kering je dan rasa tak selesa tapi dengan nano white nie, ianya sangat berbeza. Tak percaya?Cer try...

Cleansing Milk pula adalah untuk menanggalkan make up. Hanya guna tisu muka untuk lap muka dengan Clenasing Milk tu, dan bilas bersih-bersih. Hasilnya, kulit bebas dari make up dan terasa lembut giler! best sangat.=)

Lepas lebih kurang guna dua benda nie, terasa nak tambah rangkaian lain. Benda yang ada dalam fikiran adalah krim malam! Kenapa bukan krim siang? Sebab krim siang Safi Perfect 10 Sarah masih banyak lagi masa tu, sayang pulak nak buang. Lagipun, malam-malam teringin jugak dan membelai kulit. 
Harganya pulak, alahai part harga la paling tak berapa suka. Dekat Rm 40 ringgit jugak kalau tak silap. Nasib baik masa tu ada promosi, beli nano white night cream repair, percuma Clay Cleanser (cleanser macam skrub).

Dalam kotak color hijau.


percuma Clay Cleanser, 50 mL

Memang teringin nak dapatkan cream siang, penyegar dan semua produk Nano White nie tapi memandangkan harganya agak membebankan bagi student cam Sarah nie, jadi rasanya dah cukup pakai 4 nie je. Kalau ada duit boleh la tambah-tambah lagi.
Okey, tu je Sarah nak share. Tak rugi kalau korang nak try produk nie. Percayalah.



0 kritikan sahaja:

Post a Comment