onlne desara shop. Powered by Blogger.

5 Nov 2012

Best! Telemovie Dari Kelantan

2 kritikan sahaja



Baru sahaja chatting di Fb, ada kawan Sarah suruh tengok telemovie nie kat Youtube. Mengisahkan kehidupan masyarakat Kelantan, dan membawa kepada perspektif positif terhadap masyarakat Kelantan itu sendiri. Bukan nak cakap apa, jika sebelum ini filem Budak Kelantan telah mencetuskan sedikit kekesalan kepada masyarakat Kelantan itu sendiri. Dialog sudah bagus, jalan cerita dan moral pun agak menarik tetapi ianya sedikit sebanyak memberi gambaran seolah-olah orang Kelantan banyak melakukan jenayah dan jahat. Saya bukan pengkritik filem, dan saksikan telemovie dari Kelantan yang asli, tanpa sebarang celup. Jom sama-sama kita saksikan Tali-telemovie kelantan



*bersempena Aidiladha


P/s :Teringin nak tengok telemovie negeri lain jugak. Kalau korang tahu tinggalkan link ye.

[read more..]

3 Nov 2012

Video Stress Pilihan Raya

0 kritikan sahaja

Sarah terjumpa video ini di laman youtube. Dalam masa 4 hari sahaja, sudah memperoleh 7 Juta view! Hebat sangatkah video yang disebut-sebut nie? Berdurasi 22saat sahaja, memperlihatkan seorang budak pompuan yang comel, berusia 4 tahun dimana dia agak "stress dengan pilihan raya". 


VIDEO







[read more..]

29 Oct 2012

Review Product : Nano White

0 kritikan sahaja


Sebut saja Nano White, dalam fikiran mesti teringat kat dutanya yang comel molek, Diana Danielle. Memang sesuai sangat la dia jadi duta Nano White kan, dengan kulitnya putih melepak tu. Sarah juga baru-baru nie telah mencuba produk Nano White atas gesaan saleswomen kat Supermarket. Lagipun, before pergi supermarket tu Sarah ade jugak search pasal produk nie, dan kebanyakan testimoni dan pengguna Nano White kata produk nie bagus. Jika sebelum ini Sarah memang setia giler kat Clean&Clear, tapi malangnya Sarah rasa produk tu tak berapa berkesan untuk menentang jerawat. 

 First time Sarah beli  Nano White Awakening Snow Wash yang sangat best nie. Harga produk nie terus terang Sarah cakap, agak mahal berbanding produk lain seperti Safi, Syurah, Clean&Clear dan seangkatan dengannya. Hari tu kebetulan ada promosi, beli ceanser dia bagi percuma cleansing milk 50 mL . Harga pencuci muka  Awakening Snow Wash nie dalam Rm17 lebih kalau tak silap. Demi nak try, Sarah beli jugak , lagipun dapat 2 barang sekaligus. Kira Ok la.

 Awakening Snow Wash best!

Pada bulan pertama pakai, kawan Sarah ada tegur. Dia cakap muka Sarah dah makin ok sekarang. Parut jerawat pun makin pudar. Apa yang Sarah suka tentang Awekening Snow Wash nie adalah dia tak keringkan muka seperti produk lain. Walaupun hasilnya agak lambat (kata sesetengah orang), tapi bagi Sarah ianya satu produk yang sangat best. Lagi-lagi Sarah suka cuci muka dengan kerap, sebab muka selalu keluar minyak banyak. Biasenya bila kita selalu guna pencuci muka dengan kerap, muka kita jadi kering je dan rasa tak selesa tapi dengan nano white nie, ianya sangat berbeza. Tak percaya?Cer try...

Cleansing Milk pula adalah untuk menanggalkan make up. Hanya guna tisu muka untuk lap muka dengan Clenasing Milk tu, dan bilas bersih-bersih. Hasilnya, kulit bebas dari make up dan terasa lembut giler! best sangat.=)

Lepas lebih kurang guna dua benda nie, terasa nak tambah rangkaian lain. Benda yang ada dalam fikiran adalah krim malam! Kenapa bukan krim siang? Sebab krim siang Safi Perfect 10 Sarah masih banyak lagi masa tu, sayang pulak nak buang. Lagipun, malam-malam teringin jugak dan membelai kulit. 
Harganya pulak, alahai part harga la paling tak berapa suka. Dekat Rm 40 ringgit jugak kalau tak silap. Nasib baik masa tu ada promosi, beli nano white night cream repair, percuma Clay Cleanser (cleanser macam skrub).

Dalam kotak color hijau.


percuma Clay Cleanser, 50 mL

Memang teringin nak dapatkan cream siang, penyegar dan semua produk Nano White nie tapi memandangkan harganya agak membebankan bagi student cam Sarah nie, jadi rasanya dah cukup pakai 4 nie je. Kalau ada duit boleh la tambah-tambah lagi.
Okey, tu je Sarah nak share. Tak rugi kalau korang nak try produk nie. Percayalah.



[read more..]

22 Oct 2012

Belajar Umpama Melawan Monster

4 kritikan sahaja

Entri nie tidak memerlukan sesi bacaan yang panjang. Tengok je kartun bisu kat bawah. 
=) adakah korang alami perasaan yang sama?




Betul kan?


sumber: www.barnorama.com
[read more..]

KAIN PASANG CANTIK GIVEAWAY

2 kritikan sahaja


Klik Banner Comel Ye

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

a) terbuka kepada semua yang pasti anda ada akaun facebook
b) anda WAJIB "like" page KAIN PASANG CANTIK
c) sila copy banner diatas dan juga banner sponsor dan buat entry mengenai giveaway ini WAJIB
d) sila tinggalkan link entri dan juga link facebook anda dibahagian komen


HADIAH UNTUK PEMENANG

3 pemenang akan dipilh berdasarkan top referral (sila promote giveaway ini habis-habisan)
setiap pemenang akan menerima sehelai kain pasang



[read more..]

18 Oct 2012

Lawak Kampus: Notis USM

3 kritikan sahaja




Mesti korang akan tergelak-gelak bila baca notis nie kan? Tapi jangan tertipu, ianya edit semata-mata. Bukan Sarah yang edit, tapi ada lah orang yang terlampau kreatif mengedit notis ini, siap ada watermark USM lagi.

Muhammad Idzuan Jamaluddin selaku mantan YDP MPP USM berkata:

Saya berharap,pengunguman yang diwawarkan terhadap USM di laman sosial Twitter,Facebook,Instagram & sebagainya hanyalah fitnah belaka.Teknologi tinggi masa kini tidak memustahilkan sesuatu yg tidak benar berlaku.TQ



[read more..]

15 Oct 2012

Felix Si Penerjun Handalan

1 kritikan sahaja

Kata penerjun berani mati ini :
"When I was standing there on top of the world, you become so humble, you do not think about breaking records anymore, you do not think about gaining scientific data. The only thing you want is to come back alive."












LOL!




[read more..]

14 Oct 2012

Segmen Gulai Tempoyak Ikan Patin

5 kritikan sahaja

Nie banner aku yang simple lagi tak cukup sifat.



Klik SINI Kalau Nak Join.

Terima kasih kepada owner blog Gulai Tempoyak Ikan Patin kerana menjemput Sarah di blog satu lagi, (Sararose.com) untuk join segmen yang dia buat . Sangat simple dan mudah segmen yang dia anjurkan, just buat banner dan satu entri yang simple.

Syarat-syarat segmen nie:

1. sediakan satu banner ciptaan sendiri bersaiz 400x150 (tak kisah korang nak buat macam mana).
2. buat satu entry ringkas tentang segmen ni.
dalam entry ringkas korang tu sertakan sekali link ke blog dia.
3. tinggalkan link entry korang kat ruangan entri segmen.


Korang tak payah duk termenung jauh, jauh..Jom ramai-ramai join!


*sorry, banner hari tu tak cukup syarat. Nie banner baru. Tapi paling simple di dunia la.




[read more..]

13 Oct 2012

CatWoman On Period

1 kritikan sahaja
LOL!





[read more..]

7 Oct 2012

Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun

10 kritikan sahaja



Klik banner kalau rasa hebat berpantun.


Amboi, hari nie Sarah join segmen berpantun dari akak Mialiana. Sarah bukan hebat pun berpantun, cuma terasa nak try la keluarkan pantun-pantun asli dari Sarah sendiri.

Pantun akak Mia :

Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana




Pantun sudah dijual,Sarah jawab pulak ye.

Akak Mia janganlah marah,
Kalau saya jarang ke sana,
Panggilan manja tetap Sarah,
Manja ke tak nama tetap sama.

Akak Mia suka bertanya,
Tapi takpe Sarah jawab punye,
Masih bujang belum berpunya,
Ada orang nak masuk meminang ke?

Sarah tak suka makan peria, 
Rasa pahit tak macam tebu,
Berstatus pelajar muda belia,
UPSI tempat menimba ilmu.

Soalan last senang sekali,
Nak jawab sambil pejam mata,
Cik Siti Wan Kembang negeri dikenali,
Kelantan adalah negeri tercinta.


Huhuhu. Siap jugak pantun hamba.=)
Harap pantun saya terpilih.




[read more..]

3 Oct 2012

Lirik Locked Out Of Heaven

5 kritikan sahaja
Sape minat lagu Bruno Mars angkat tangan tinggi-tinggi. Kite geng lah.
Bruno Mars baru sahaja release satu lagu baru bertajuk Locked Out Of Heaven pada 1 Oktober yang lalu.



Berikut adalah lirik lagu:

One, two, one, two, three

Oh yeah yeah
Oh yeah yeah yeah
Ooh!
Oh yeah yeah
Oh yeah yeah yeah
Ooh!

Never had much faith in love or miracles
Never wanna put my heart on deny
But swimming in your world is something spiritual
I'm born again every time you spend the night

Cause your sex takes me to paradise
Yeah your sex takes me to paradise
And it shows, yeah, yeah, yeah
Cause you make feel like, I've been locked out of heaven
For too long, for too long
Yeah you make feel like, I've been locked out of heaven
For too long, for too long

Oh yeah yeah yeah
Ooh!
Oh yeah yeah
Oh yeah yeah yeah
Ooh!

You bring me to my knees
You make me testify
You can make a sinner change his ways
Open up your gates cause I can't wait to see the light
And right there is where I wanna stay

Cause your sex takes me to paradise
Yeah your sex takes me to paradise
And it shows, yeah, yeah, yeah
Cause you make feel like, I've been locked out of heaven
For too long, for too long
Yeah you make feel like, I've been locked out of heaven
For too long, for too long

Oh oh oh oh, yeah, yeah, yeah
Can I just stay here
Spend the rest of my days here
Oh oh oh oh, yeah, yeah, yeah
Can't I just stay here
Spend the rest of my days here

Cause you make feel like, I've been locked out of heaven
For too long, for too long
Yeah you make feel like, I've been locked out of heaven
For too long, for too long

Oh yeah yeah yeah
Ooh!
Oh yeah yeah
Oh yeah yeah yeah
Ooh!



Serius, aku TAK tahu lagu nie bawak maksud baik ke tak memandangkan lirik dia cam tu. Korang rasa?

Dengar lagu Locked Out Of Heaven kat Video Youtube ye.
Tak berkenan pada gambar video lagu tu.






Bruno semasa merekodkan lagu terbarunya itu.




[read more..]

Giveaway By Izwan.

4 kritikan sahaja

Nampak GA nie? Klik banner untuk join!

Hari nie dengan bangganya dapat jugak Sarah join GA dari Izwan. Ye la hari tu tak sempat nak join, tahu-tahu je dah tutup. Tapi, hari nie sempat join GA terbaru beliau.


Cara nak sertai Giveaway By Izwan :-

1. Buatkan satu entry Giveaway By Izwan.
2. Letakkan banner yang simple tu kat entry korang.
3. LIKE Page Facebook Izwan dan juga LIKE kat SINI.

Giveaway ini bermula hari ini 02/10/2012 hingga 16/10/2012.




Harap bertuah la. Izwan, jangan lupa singgah blog Sarah satu lagi : http://sararose-93.blogspot.com/ ye.



[read more..]

29 Sep 2012

GIVEAWAY ME & MY FAMILY"

0 kritikan sahaja
Nak join? Klik banner atas.

Syarat-syarat cukup simple:

1. TEMPEK BANNER DIATAS DALAM ENTRI ANDA YANG BERTAJUK "GIVEAWAY ME & MY FAMILY"
2.MESTI LAH FOLLOWER BLOG INI
3.MEMPUNYAI BLOG DAN ADA ALAMAT DIMALAYSIA
4.MESTI LINK KAN  KE BLOG INI
5.HANYA LETAKKAN LINK PENYERTAAN ANDA DI ENTRI INI SAHAJA


Hadiah : Akan dapat handbag.huhu.harap bertuah




[read more..]

Sedar! Final Exam

1 kritikan sahaja
Taip entri laju-laju. Pukul 2.50 pagi, stay up, tapi bukan study pun tapi baca blog gosip. Astaga, sedar Sarah! This week is your final exam. Banyak agi tak study nie. Jangan kecundang sudah la sem nie. Balik, tanam jagung la jawabnya.

Wish me good luck everybody! 
Okey, layan dulu lagu nie. Best

[read more..]

27 Sep 2012

Rumah Mahal Macam Kat KL

1 kritikan sahaja

Pelajar diploma UPSI pada minggu ini agak bengang dan marah apabila hampir 400 orang pelajar yang tinggal di kolej KHAR di reject kelulusan untuk tinggal di kolej itu lagi pada sem depan. 400 orang tu termasuklah aku. Bengang lar kalau fikirkan balik sebab kalau dapat tinggal kolej sem3 ,sepatutnya ada kontrak satu sem lagi ngan pihak kolej. Diorang (pihak kolej) hanya akan ambil pelajar yang ada kuasa a.k.a jawatankuasa kolej. Al maklum lah, aku nie bukan jenis aktif bab-bab sukarelawan ke hulu hilir sebab ada jawatan, aku lebih suka hidup maam nie, di depan laptop dan BLOGGING! Lagi pula, harga sewa untuk kolej agak berpatutan, sekitar Rm 500 atau lebih sikit untuk satu sem sorang pelajar.


Berbalik kepada cerita aku nie, sudah dihalau dari kolej, maka ramai-ramailah pelajar(aku termasuk sekali) mencari rumah-rumah di sekitar kampus nie. Nak tinggal jauh-jauh, kereta motor pun tak ada. Rumah first yang kitorang (geng aku) dapat adalah perumahan teres sebelah KHAR nie lah.Kira selamatlah dari duduk di luar kawasan kolej sebab pak sini ada pak guard.  Rumah 2 tingkat, tapi yang tak berapa bestnya kitorang yang sepatutnya 9 orang kena pecah sebab satu rumah cuma ada 4 je kosong. Kiranya satu rumah ngan akak Degree, Master la. Harga pulak, nie yang aku agak terbonjol bijik mata bila pikir benda nie.. Satu kepala harga Rm 780 satu sem. Fuhh, tak termasuk api letrik lagi tu. Cuba korang berada kat tempat aku nie dan kira mengira sikit :

PTPTN MASUK :RM2500

BAYARAN : YURAN UNI + RUMAH SEWA TUH = - RM1600
DUIT DEPOSIT PTPTN= -RM500

TINGGAL= RM2500-RM1600-rm500 =RM400

Huh?sedih beb ingat duit tinggal Rm400 kalau fikir-fikir balik. Memang sesak lah aku sekarang. Korang kalau kesian kat aku, klik lah iklan nuffnang kat atas nie. Sob3. Cam paksa pun ada.

Rumah murah sikit ada banyak di sekitar kawasan kampung dan perumahan sekitar ...er, aku pun tak berapa tahu sagat nama kampungnya.Salah satu rumah yang agak ok rumah atas kedai nie hah. Dekat jugak dengan kolej aku duk sekarang, kira selamat lah. Harga Rm 660 dan Rm720. Tapi, yang Rm660 dah penuh (budak Degree). Nie aku google cari rumah die.




Nak cari rumah kat area lain (jauh sikit dari kawasan kolej) boleh. Tapi masalah paling besar ialah pengangkutan. Aku manalah ada lesen nak drive, kalau ada pun nak drive ape, kereta sorong pun aku tak mampu lah.Memang agak susah la kalau nak pergi kelas lagi-lagi time pagi. Misalnya lah, aku duk kawasan luar, jauh sikit dari kampus lama bermakna aku kena jalan/berbasikal/berlari/tumpang sape-sape ke kampus lama. Kemudian tunggu bas kat sana untuk ke kampus baru di Proton City (jauh lebih kurang 20minit dari kampus lama).Tak ke banyak masa habis kat situ.

Lagi satu pulak, tinggal kat luar nie banyak risikonya. Rogol,samun, curi, rompak, ragut, bunuh! semualah berisiko. Dah lah Tanjung Malim nie macam pekan Zombie (ayat dari orang yang post kat FB). Banyak kes dah jadi. Ada orang bagi warning jugak supaya tak menyewa kat Taman Universiti sebab kat situ kawsan panas. Panas berapa darjah celcius aku pun tak tahu.

 Rumah, Oh rumah! Mana aku nak duduk sem depan nieh!!!
Selamat tinggal KHAR


Update 28 September, 5.25 p.m

Isu pengeluaran pelajar Diploma dari KHAR. Mesyuarat bersama pengetua, JMK dan pengurusan KHAR serta wakil MPP sesi 2012/2013. Alternatifnya, pelajar diploma seramai 400 pelajar yang dikeluarkan dari KHAR akan ditempatkan semula di UKLK Tam
an Bahtera dengan kadar sewaan dan tempohmasa penginapan yang baru. Maklumat lanjut esok (Sabtu) Taklimat khas bersama pelajar yang dikeluarkan dan dibuka kaunter Kolej UKLK Taman Bahtera dan kaunter MPP bagi membantu. Jam 2.00 petang temuduga khas bagi pelajar yang ingin merayu tinggal di kolej. Maklumat lanjut hubungi pengurusan KHAR, JMK dan wakil MPP sidang 2012/2013. - Pengetua KHAR

[read more..]

24 Sep 2012

Gambar Sekitar Pilihan Raya UPSI

2 kritikan sahaja
Hari ini, 25 September merupakan hari pilihan raya pelajar UPSI.
Inilah kali pertama aku mengundi di UPSI nie. Pada mulanya aku agak tidak mahu ambik peduli sangat bab-bab undi mengundi nie tapi memandangkan mengundi nie adalah satu kewajipan, aku buat reserch la sikit tentang calon yang bertanding. 

Calon yang bertanding :

\\\







Kemeriahan Semasa Berkempen:





Gambar sekitar rapat umum We Love Upsi:







Berkempen Sehari Sebelum Pilihan Raya di Kolej KHAR:


Turut serta, Adam Adli







Nampak meriah giler kan? Tapi aku tak turun pun malam tadi.


Pengundian Pada Hari Ini:


Pusat Mengundi



Info:
Lebih 5,000 pelajar UPSI yang layak akan mengundi di sembilan lokasi pengundian termasuk kampus utama dan kolej-kolej kediaman.


UPDATE :

Keputusan penuh Calon UMUM

1. Fadlillah 6O77 undi (We love UPSI)
2. Ain 5545 undi (We love UPSI)
3. Husnil Khatimah 5267 undi (MP
4. Idris 5225 undi (We love UPSI)
5. Maghfur 487O undi (MP)

Kredit : KSMP



[read more..]

zyraroxx: follower datang bertubi-tubi

10 kritikan sahaja



Nak Join? Tekan Banner.



Follower sekarang 11 orang. Tu je.



[read more..]

22 Sep 2012

Akibat Buat Read More

3 kritikan sahaja
Pening, resah dan malas. Itulah yang dapat digambarkan sekarang. Mana taknya, semalam rajin sangat cuba tutorial Read more di blog Sararose.com tu, dan berjaya jugak buat read more di setiap entri.

Tapi, ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Ceh, berperibahasa segala lah pulak. Rupanya-rupanya (berapa banyak rupalah) , tutorial tu telah menyebabkan read more turut berlaku dalam setiap pages. Page Tonton TV1, Tonton TV2, Radio Online, Dokumen Rasmi, Owner semuanya ada read more. Labih malang lagi, apabila kita klik pada read more di page tu, langsung tak dapat nak tengok tv atau radio. Angin satu badan lah. Apa lagi, terus Sarah padam lah semua pages, yang tinggal hanya pages Home dan Owner. Sekarang dah rindu balik pada pages lama tu. Nyesal delate.

Dia jadi cam nie.


Persoalannya sekarang, Sarah agak confuse nak betulkankan balik kod html supaya hilang read more ataupun biarkan je masalah nie. Dah bagitau kat owner tutorial tapi sampai sekarang tak ada respon. Kalau ada sapa-sapa kat sini yang sudi bantu memang Sarah perlukan bantuan korang sekarang!
Oh ya, kat blog nie pun dah boleh layan tv da radio. Just Klik pada page atas nie.
P/s : Rasa malas nak blogging bila timbul masalah cam nie.

Update :23 September : 8 Malam
Emm, penat betulkan balik oding html tu.. Akhirnya blog kembali seperti biasa.

[read more..]

20 Sep 2012

Blog Baru Penulis Sama

1 kritikan sahaja

Hai semua. Sarah merupakan penulis blog Sararose.com tapi disebabkan blog itu lebih kepada berita dan serius, jadi Sarah mengambil keputusan untuk membina satu lagi blog yang diberi nama Api Sejuk ini.

Oh ya, mungkin ada antara korang yang tertanya-tanya kenapa Api + Sejuk?
Api sudah dijadikan mempunyai sifat panas atau membahang. Jadi, api yang bersifat sejuk adalah mustahil sama sekali. Bagi membuatkan nama blog ini lagi senang diingati, nama-nama pelik dan unik menjadi pilihan. Kebetulan nama blog ini masih available, jadi Sarah terus rembat lah nama nie.

Mengenai tema ataupun penulisan di blog ini, Sarah lebih kepada personal kerana memang sudah lama Sarah teringin nak ada blog personal. Lagi-lagi color PINK! Bukan apa, blog berunsur formal ,Sararose.com tak sesuai untuk color pink. Boleh tu memang boleh tapi tak kena pada tempatnya la kan.

Harap dengan adanya blog kedua ini tidak ada lagi penambahan blog ketiga ataupun keempat nanti. Ada dua blog nie pun sudah cukup memeningkan. Mana tak peningnya, time nak update mana satu yang harus didahulukan? Harap adalah nanti orang yang sudi follow Blog nie. Rasa macam cukup special blog nie pada diri Sarah. Huh? Ayat tak boleh bla...


Okey la, terima kasih kepada sesiapa yang membaca INTRO blog yang tak seberapa sempurna lagi nie. Maklumlah, baru bukak. Banyak benda yang harus di renovate. Tinggalkan link korang supaya Sarah dapat refollow korang nanti. Kalau rasa boring boleh lah melawat blog satu lagi Sararose.com.





[read more..]