onlne desara shop. Powered by Blogger.
Selamat datang di Beauty Online Shop berikut adalah artikel terbaru kami

30 Jun 2013

Bertukar Kepada Blogshop

0 kritikan sahaja
Setelah sekian lama tidak mengemaskini blog, hari ini Sarah nak buat satu inisiatif untuk kedai online Sarah. Korang semua boleh view kedai online sarah di https://www.facebook.com/DesaraShop dan jangan lepaskan peluang untuk membeli pelbagai barangan kosmetik serta penjagaan wajah dengan harga yang cukup-cukup berpatutan tanpa membeli secara borong. 

Antara barangan yang Sarah jual adalah:
 1)Bedak Arab 50gram
Kelebihan Bedak Arab:
Mengikut aliran darah pemakai.
Kemas dan sekata.
Tidak menghitam dan menggelapkan kulit anda.
Dapat mengecutkan jerawat.
Apabila berpeluh,anda akan kelihatan lebih cantik
Tidak melekap pada tudung,tisu sebaliknya bedak arab ini akan terus meresap ke dalam wajah anda.
Tidak berminyak.
Tahan selama lebih 8 jam.Suci dan halal,boleh dibawa solat.
Mempunyai UV protection.

2)Bedak Syria
*Halal dan boleh dibawa solat
*Berat 41g
*Harga yang berbaloi dan tahan lama
*3in1 (powder+foundation+moisturizer)
*Tahan selama 8jam
*Bedak ni akan blend ke dalam kulit dalam masa 1min & memberi kecantikan semulajadi
*Sgt bagus bila berpeluh dia lg cantik , shining & glowing
*Bedak nie sgt wangi
*Boleh cover kulit berminyak
*Melindungi jeragat & jerawat
*Pada yang berjerawat bedak nie jugak akan mengecutkan jerawat di muka
*Anda akan rasa muka semakin gebu dan lembut
* Mempunyai Vitamin E khas untuk kesihatan kulit anda

3)Bedak Tanaka Original Myammar 110g
Ramai yang terkejut dengan harga yang saya tawarkan memandangkan  ramai peniaga terpaksa menaikkan barangan mereka disebabkan kenaikan harga di Myammar sana. Jangan risau, belian tanpa borong tapi korang still dapat harga yang terbaik!
* Mengecut dan menghapuskan jerawat.
* Melindungi dari sinar uv matahari (sapuan nipis as a foundation) juga mengurangi tanda-tanda penuaan awal seperti kedutan halus dan jeragat
* Melicinkan kulit muka.
* Memberi kesegaran pada kulit.
* Mengurangkan kadar pengeluaran minyak / sebum pada kulit.
* Menanggalkan sel kulit mati.
* Ia membantu sejukkan kulit.
* Membersih & menengang wajah.
* Sesuai untuk kanak-kanak dan bayi 1tahun keatas.
* Sesuai untuk semua lapisan umur.
* Menghilangkan ruam-ruam badan.
* Boleh digunakan dimuka dan badan.
* Menghilangkan gatal-gatal badan.
* Lembutkan kulit dan menghaluskan.
* Cerahkan kulit.
* Hilangkan jeragat.
* Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka.
* Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation.
* Selesaikan masalah kulit bukan sahaja di muka tapi boleh digunakan satu badan.

4) Pelbagai Masker Shiseido (Black/White)dan juga Gold BirdNest Mask
Eye Bag Mask pon ada jugak. Rm1.20/1pair!!
RM 1.20/pcs
RM1.50/pcs

5)Obuse Lip Tint Murahnye!!!
Rm6 sahaja satu uoollls..mana nak dapat murah cam gini.
Kelebihan Liptint Obuse :
~ Warna Alami dengan pemakaian secukupnya
~ Tahan lama hingga 4-6 jam,awet dibibir tidak mudah luntur walaupun saat makan dan minum
~Liptint tidak membuat bibir kering kerana mengandungi jojoba oil dan stiva ekstrak
~ Diperkaya dengan Vitamin E
~ Packing yang kecil sehingga mudah dibawa kemana-mana
~ Pemakaian yang lama hingga 1-2 bulan (Sarah pakai 3bulan pon tak habis-habis)

 6) Produk Susu Beras
Produk nie cepat je laku. Kena cepatlah kalau nak order sebab memang hot selling!
Apa yang special sangat dengan set susu beras nie ye? Ok, kita cerita satu-satiu.
*Kelebihan Civic Rice Milk Cleansing Cream :(tube Hijau)
- Tiada bahan kimia
- Menggebu dan mencerahkan kulit
- Menghilangkan bintik-bintik hitam
- Menghaluskan kulit
- Parut akan pudar atau hilang jika digunakan dalam jangka masa panjang
- Kulit lebih lembap dan berseri
- Berkesan meningkatkan aura seri wajah
- Berkesan menjadikan kulit lebih halus, bebas cela, tegang dan anjal serta awet muda
- Berkesan menghilangkan parut jerawat dan jeragat
- Sesuai untuk menanggalkan solekan pada wajah
- Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit kering dan kulit sensitif
- Produk kecantikan dari alam semulajadi

*Krim malam susu beras
1. Menjadikan kulit lebih cerah, halus dan tegang dan tanpa pengelupasan
2. Menghilangkan parut jerawat , jeragat dan sel-sel mati
3. Sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah resdung
4. Sebagai anti aging
5. Digunakan waktu malam sahaja

*Sabun susu beras Kbrothers
Ia mengandungi 100% dari bahan semulajadi dan di rumus khas dari susu beras yang asli.
• Khasiat susu dan beras membuatkan kulit muka anda lebih cerah, lembut dan tegang
• Menanggalkan semua kotoran, minyak, dan sel kulit mati
• Berkesan menanggalkan -sel kulit mati, parut-parut jerwat, jeragat & kulit berminyak.
• Menanggalkan kesan solekan dengan efektif

Jika digunakan sebagai sabun mandi pula, ia membantu:
• Menanggalkan bintik hitam atau kesan hitam di ketiak, siku dan peha anda.
• Sesuai utk semua jenis kulit termasuk kulit bermasalah
• Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
• Badan anda tidak akan melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
• Boleh menghilangkan bau badan
* Menaikan Aura Seri Wajah secara semula jadi
* Menjadi kulit lebih cerah, halus dan tegang tanpa penglupasan


coming soon product InsyaAllah:
SUPRA KRYOLAN FOUNDATION (German)
Yang nie refill punya seberat 9Gram. 
Harga pasti mampu milik punya. Sekarang Sarah dengan deal dengan suppier, InsyaAllah ada modal boleh lah jual sekali. Ada sesiapa nak buat preorder bolehlah. Nanti Sarah simpankan korang punya. Yang 9 gram kaat suppier tu mampu bertahan sehingga 3bulan, mengikut pemakaian lah. Harga mungkin adakan diletakkan around.......rm30++ la..

So, bagi yang nak melawat ataupun teringin nak order boleh ke page De'sara Shop.
*klik banner utk ke page




[read more..]

5 Nov 2012

Best! Telemovie Dari Kelantan

2 kritikan sahaja



Baru sahaja chatting di Fb, ada kawan Sarah suruh tengok telemovie nie kat Youtube. Mengisahkan kehidupan masyarakat Kelantan, dan membawa kepada perspektif positif terhadap masyarakat Kelantan itu sendiri. Bukan nak cakap apa, jika sebelum ini filem Budak Kelantan telah mencetuskan sedikit kekesalan kepada masyarakat Kelantan itu sendiri. Dialog sudah bagus, jalan cerita dan moral pun agak menarik tetapi ianya sedikit sebanyak memberi gambaran seolah-olah orang Kelantan banyak melakukan jenayah dan jahat. Saya bukan pengkritik filem, dan saksikan telemovie dari Kelantan yang asli, tanpa sebarang celup. Jom sama-sama kita saksikan Tali-telemovie kelantan



*bersempena Aidiladha


P/s :Teringin nak tengok telemovie negeri lain jugak. Kalau korang tahu tinggalkan link ye.

[read more..]

3 Nov 2012

Video Stress Pilihan Raya

0 kritikan sahaja

Sarah terjumpa video ini di laman youtube. Dalam masa 4 hari sahaja, sudah memperoleh 7 Juta view! Hebat sangatkah video yang disebut-sebut nie? Berdurasi 22saat sahaja, memperlihatkan seorang budak pompuan yang comel, berusia 4 tahun dimana dia agak "stress dengan pilihan raya". 


VIDEO







[read more..]

29 Oct 2012

Review Product : Nano White

0 kritikan sahaja


Sebut saja Nano White, dalam fikiran mesti teringat kat dutanya yang comel molek, Diana Danielle. Memang sesuai sangat la dia jadi duta Nano White kan, dengan kulitnya putih melepak tu. Sarah juga baru-baru nie telah mencuba produk Nano White atas gesaan saleswomen kat Supermarket. Lagipun, before pergi supermarket tu Sarah ade jugak search pasal produk nie, dan kebanyakan testimoni dan pengguna Nano White kata produk nie bagus. Jika sebelum ini Sarah memang setia giler kat Clean&Clear, tapi malangnya Sarah rasa produk tu tak berapa berkesan untuk menentang jerawat. 

 First time Sarah beli  Nano White Awakening Snow Wash yang sangat best nie. Harga produk nie terus terang Sarah cakap, agak mahal berbanding produk lain seperti Safi, Syurah, Clean&Clear dan seangkatan dengannya. Hari tu kebetulan ada promosi, beli ceanser dia bagi percuma cleansing milk 50 mL . Harga pencuci muka  Awakening Snow Wash nie dalam Rm17 lebih kalau tak silap. Demi nak try, Sarah beli jugak , lagipun dapat 2 barang sekaligus. Kira Ok la.

 Awakening Snow Wash best!

Pada bulan pertama pakai, kawan Sarah ada tegur. Dia cakap muka Sarah dah makin ok sekarang. Parut jerawat pun makin pudar. Apa yang Sarah suka tentang Awekening Snow Wash nie adalah dia tak keringkan muka seperti produk lain. Walaupun hasilnya agak lambat (kata sesetengah orang), tapi bagi Sarah ianya satu produk yang sangat best. Lagi-lagi Sarah suka cuci muka dengan kerap, sebab muka selalu keluar minyak banyak. Biasenya bila kita selalu guna pencuci muka dengan kerap, muka kita jadi kering je dan rasa tak selesa tapi dengan nano white nie, ianya sangat berbeza. Tak percaya?Cer try...

Cleansing Milk pula adalah untuk menanggalkan make up. Hanya guna tisu muka untuk lap muka dengan Clenasing Milk tu, dan bilas bersih-bersih. Hasilnya, kulit bebas dari make up dan terasa lembut giler! best sangat.=)

Lepas lebih kurang guna dua benda nie, terasa nak tambah rangkaian lain. Benda yang ada dalam fikiran adalah krim malam! Kenapa bukan krim siang? Sebab krim siang Safi Perfect 10 Sarah masih banyak lagi masa tu, sayang pulak nak buang. Lagipun, malam-malam teringin jugak dan membelai kulit. 
Harganya pulak, alahai part harga la paling tak berapa suka. Dekat Rm 40 ringgit jugak kalau tak silap. Nasib baik masa tu ada promosi, beli nano white night cream repair, percuma Clay Cleanser (cleanser macam skrub).

Dalam kotak color hijau.


percuma Clay Cleanser, 50 mL

Memang teringin nak dapatkan cream siang, penyegar dan semua produk Nano White nie tapi memandangkan harganya agak membebankan bagi student cam Sarah nie, jadi rasanya dah cukup pakai 4 nie je. Kalau ada duit boleh la tambah-tambah lagi.
Okey, tu je Sarah nak share. Tak rugi kalau korang nak try produk nie. Percayalah.



[read more..]

22 Oct 2012

Belajar Umpama Melawan Monster

4 kritikan sahaja

Entri nie tidak memerlukan sesi bacaan yang panjang. Tengok je kartun bisu kat bawah. 
=) adakah korang alami perasaan yang sama?




Betul kan?


sumber: www.barnorama.com
[read more..]