onlne desara shop. Powered by Blogger.

29 Sep 2012

GIVEAWAY ME & MY FAMILY"

0 kritikan sahaja
Nak join? Klik banner atas.

Syarat-syarat cukup simple:

1. TEMPEK BANNER DIATAS DALAM ENTRI ANDA YANG BERTAJUK "GIVEAWAY ME & MY FAMILY"
2.MESTI LAH FOLLOWER BLOG INI
3.MEMPUNYAI BLOG DAN ADA ALAMAT DIMALAYSIA
4.MESTI LINK KAN  KE BLOG INI
5.HANYA LETAKKAN LINK PENYERTAAN ANDA DI ENTRI INI SAHAJA


Hadiah : Akan dapat handbag.huhu.harap bertuah




[read more..]

Sedar! Final Exam

1 kritikan sahaja
Taip entri laju-laju. Pukul 2.50 pagi, stay up, tapi bukan study pun tapi baca blog gosip. Astaga, sedar Sarah! This week is your final exam. Banyak agi tak study nie. Jangan kecundang sudah la sem nie. Balik, tanam jagung la jawabnya.

Wish me good luck everybody! 
Okey, layan dulu lagu nie. Best

[read more..]

27 Sep 2012

Rumah Mahal Macam Kat KL

1 kritikan sahaja

Pelajar diploma UPSI pada minggu ini agak bengang dan marah apabila hampir 400 orang pelajar yang tinggal di kolej KHAR di reject kelulusan untuk tinggal di kolej itu lagi pada sem depan. 400 orang tu termasuklah aku. Bengang lar kalau fikirkan balik sebab kalau dapat tinggal kolej sem3 ,sepatutnya ada kontrak satu sem lagi ngan pihak kolej. Diorang (pihak kolej) hanya akan ambil pelajar yang ada kuasa a.k.a jawatankuasa kolej. Al maklum lah, aku nie bukan jenis aktif bab-bab sukarelawan ke hulu hilir sebab ada jawatan, aku lebih suka hidup maam nie, di depan laptop dan BLOGGING! Lagi pula, harga sewa untuk kolej agak berpatutan, sekitar Rm 500 atau lebih sikit untuk satu sem sorang pelajar.


Berbalik kepada cerita aku nie, sudah dihalau dari kolej, maka ramai-ramailah pelajar(aku termasuk sekali) mencari rumah-rumah di sekitar kampus nie. Nak tinggal jauh-jauh, kereta motor pun tak ada. Rumah first yang kitorang (geng aku) dapat adalah perumahan teres sebelah KHAR nie lah.Kira selamatlah dari duduk di luar kawasan kolej sebab pak sini ada pak guard.  Rumah 2 tingkat, tapi yang tak berapa bestnya kitorang yang sepatutnya 9 orang kena pecah sebab satu rumah cuma ada 4 je kosong. Kiranya satu rumah ngan akak Degree, Master la. Harga pulak, nie yang aku agak terbonjol bijik mata bila pikir benda nie.. Satu kepala harga Rm 780 satu sem. Fuhh, tak termasuk api letrik lagi tu. Cuba korang berada kat tempat aku nie dan kira mengira sikit :

PTPTN MASUK :RM2500

BAYARAN : YURAN UNI + RUMAH SEWA TUH = - RM1600
DUIT DEPOSIT PTPTN= -RM500

TINGGAL= RM2500-RM1600-rm500 =RM400

Huh?sedih beb ingat duit tinggal Rm400 kalau fikir-fikir balik. Memang sesak lah aku sekarang. Korang kalau kesian kat aku, klik lah iklan nuffnang kat atas nie. Sob3. Cam paksa pun ada.

Rumah murah sikit ada banyak di sekitar kawasan kampung dan perumahan sekitar ...er, aku pun tak berapa tahu sagat nama kampungnya.Salah satu rumah yang agak ok rumah atas kedai nie hah. Dekat jugak dengan kolej aku duk sekarang, kira selamat lah. Harga Rm 660 dan Rm720. Tapi, yang Rm660 dah penuh (budak Degree). Nie aku google cari rumah die.




Nak cari rumah kat area lain (jauh sikit dari kawasan kolej) boleh. Tapi masalah paling besar ialah pengangkutan. Aku manalah ada lesen nak drive, kalau ada pun nak drive ape, kereta sorong pun aku tak mampu lah.Memang agak susah la kalau nak pergi kelas lagi-lagi time pagi. Misalnya lah, aku duk kawasan luar, jauh sikit dari kampus lama bermakna aku kena jalan/berbasikal/berlari/tumpang sape-sape ke kampus lama. Kemudian tunggu bas kat sana untuk ke kampus baru di Proton City (jauh lebih kurang 20minit dari kampus lama).Tak ke banyak masa habis kat situ.

Lagi satu pulak, tinggal kat luar nie banyak risikonya. Rogol,samun, curi, rompak, ragut, bunuh! semualah berisiko. Dah lah Tanjung Malim nie macam pekan Zombie (ayat dari orang yang post kat FB). Banyak kes dah jadi. Ada orang bagi warning jugak supaya tak menyewa kat Taman Universiti sebab kat situ kawsan panas. Panas berapa darjah celcius aku pun tak tahu.

 Rumah, Oh rumah! Mana aku nak duduk sem depan nieh!!!
Selamat tinggal KHAR


Update 28 September, 5.25 p.m

Isu pengeluaran pelajar Diploma dari KHAR. Mesyuarat bersama pengetua, JMK dan pengurusan KHAR serta wakil MPP sesi 2012/2013. Alternatifnya, pelajar diploma seramai 400 pelajar yang dikeluarkan dari KHAR akan ditempatkan semula di UKLK Tam
an Bahtera dengan kadar sewaan dan tempohmasa penginapan yang baru. Maklumat lanjut esok (Sabtu) Taklimat khas bersama pelajar yang dikeluarkan dan dibuka kaunter Kolej UKLK Taman Bahtera dan kaunter MPP bagi membantu. Jam 2.00 petang temuduga khas bagi pelajar yang ingin merayu tinggal di kolej. Maklumat lanjut hubungi pengurusan KHAR, JMK dan wakil MPP sidang 2012/2013. - Pengetua KHAR

[read more..]

24 Sep 2012

Gambar Sekitar Pilihan Raya UPSI

2 kritikan sahaja
Hari ini, 25 September merupakan hari pilihan raya pelajar UPSI.
Inilah kali pertama aku mengundi di UPSI nie. Pada mulanya aku agak tidak mahu ambik peduli sangat bab-bab undi mengundi nie tapi memandangkan mengundi nie adalah satu kewajipan, aku buat reserch la sikit tentang calon yang bertanding. 

Calon yang bertanding :

\\\







Kemeriahan Semasa Berkempen:





Gambar sekitar rapat umum We Love Upsi:







Berkempen Sehari Sebelum Pilihan Raya di Kolej KHAR:


Turut serta, Adam Adli







Nampak meriah giler kan? Tapi aku tak turun pun malam tadi.


Pengundian Pada Hari Ini:


Pusat Mengundi



Info:
Lebih 5,000 pelajar UPSI yang layak akan mengundi di sembilan lokasi pengundian termasuk kampus utama dan kolej-kolej kediaman.


UPDATE :

Keputusan penuh Calon UMUM

1. Fadlillah 6O77 undi (We love UPSI)
2. Ain 5545 undi (We love UPSI)
3. Husnil Khatimah 5267 undi (MP
4. Idris 5225 undi (We love UPSI)
5. Maghfur 487O undi (MP)

Kredit : KSMP



[read more..]

zyraroxx: follower datang bertubi-tubi

10 kritikan sahaja



Nak Join? Tekan Banner.



Follower sekarang 11 orang. Tu je.



[read more..]

22 Sep 2012

Akibat Buat Read More

3 kritikan sahaja
Pening, resah dan malas. Itulah yang dapat digambarkan sekarang. Mana taknya, semalam rajin sangat cuba tutorial Read more di blog Sararose.com tu, dan berjaya jugak buat read more di setiap entri.

Tapi, ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Ceh, berperibahasa segala lah pulak. Rupanya-rupanya (berapa banyak rupalah) , tutorial tu telah menyebabkan read more turut berlaku dalam setiap pages. Page Tonton TV1, Tonton TV2, Radio Online, Dokumen Rasmi, Owner semuanya ada read more. Labih malang lagi, apabila kita klik pada read more di page tu, langsung tak dapat nak tengok tv atau radio. Angin satu badan lah. Apa lagi, terus Sarah padam lah semua pages, yang tinggal hanya pages Home dan Owner. Sekarang dah rindu balik pada pages lama tu. Nyesal delate.

Dia jadi cam nie.


Persoalannya sekarang, Sarah agak confuse nak betulkankan balik kod html supaya hilang read more ataupun biarkan je masalah nie. Dah bagitau kat owner tutorial tapi sampai sekarang tak ada respon. Kalau ada sapa-sapa kat sini yang sudi bantu memang Sarah perlukan bantuan korang sekarang!
Oh ya, kat blog nie pun dah boleh layan tv da radio. Just Klik pada page atas nie.
P/s : Rasa malas nak blogging bila timbul masalah cam nie.

Update :23 September : 8 Malam
Emm, penat betulkan balik oding html tu.. Akhirnya blog kembali seperti biasa.

[read more..]

20 Sep 2012

Blog Baru Penulis Sama

1 kritikan sahaja

Hai semua. Sarah merupakan penulis blog Sararose.com tapi disebabkan blog itu lebih kepada berita dan serius, jadi Sarah mengambil keputusan untuk membina satu lagi blog yang diberi nama Api Sejuk ini.

Oh ya, mungkin ada antara korang yang tertanya-tanya kenapa Api + Sejuk?
Api sudah dijadikan mempunyai sifat panas atau membahang. Jadi, api yang bersifat sejuk adalah mustahil sama sekali. Bagi membuatkan nama blog ini lagi senang diingati, nama-nama pelik dan unik menjadi pilihan. Kebetulan nama blog ini masih available, jadi Sarah terus rembat lah nama nie.

Mengenai tema ataupun penulisan di blog ini, Sarah lebih kepada personal kerana memang sudah lama Sarah teringin nak ada blog personal. Lagi-lagi color PINK! Bukan apa, blog berunsur formal ,Sararose.com tak sesuai untuk color pink. Boleh tu memang boleh tapi tak kena pada tempatnya la kan.

Harap dengan adanya blog kedua ini tidak ada lagi penambahan blog ketiga ataupun keempat nanti. Ada dua blog nie pun sudah cukup memeningkan. Mana tak peningnya, time nak update mana satu yang harus didahulukan? Harap adalah nanti orang yang sudi follow Blog nie. Rasa macam cukup special blog nie pada diri Sarah. Huh? Ayat tak boleh bla...


Okey la, terima kasih kepada sesiapa yang membaca INTRO blog yang tak seberapa sempurna lagi nie. Maklumlah, baru bukak. Banyak benda yang harus di renovate. Tinggalkan link korang supaya Sarah dapat refollow korang nanti. Kalau rasa boring boleh lah melawat blog satu lagi Sararose.com.





[read more..]