Pelajar diploma UPSI pada minggu ini agak bengang dan marah apabila hampir 400 orang pelajar yang tinggal di kolej KHAR di reject kelulusan untuk tinggal di kolej itu lagi pada sem depan. 400 orang tu termasuklah aku. Bengang lar kalau fikirkan balik sebab kalau dapat tinggal kolej sem3 ,sepatutnya ada kontrak satu sem lagi ngan pihak kolej. Diorang (pihak kolej) hanya akan ambil pelajar yang ada kuasa a.k.a jawatankuasa kolej. Al maklum lah, aku nie bukan jenis aktif bab-bab sukarelawan ke hulu hilir sebab ada jawatan, aku lebih suka hidup maam nie, di depan laptop dan BLOGGING! Lagi pula, harga sewa untuk kolej agak berpatutan, sekitar Rm 500 atau lebih sikit untuk satu sem sorang pelajar.
Berbalik kepada cerita aku nie, sudah dihalau dari kolej, maka ramai-ramailah pelajar(aku termasuk sekali) mencari rumah-rumah di sekitar kampus nie. Nak tinggal jauh-jauh, kereta motor pun tak ada. Rumah first yang kitorang (geng aku) dapat adalah perumahan teres sebelah KHAR nie lah.Kira selamatlah dari duduk di luar kawasan kolej sebab pak sini ada pak guard. Rumah 2 tingkat, tapi yang tak berapa bestnya kitorang yang sepatutnya 9 orang kena pecah sebab satu rumah cuma ada 4 je kosong. Kiranya satu rumah ngan akak Degree, Master la. Harga pulak, nie yang aku agak terbonjol bijik mata bila pikir benda nie.. Satu kepala harga Rm 780 satu sem. Fuhh, tak termasuk api letrik lagi tu. Cuba korang berada kat tempat aku nie dan kira mengira sikit :
PTPTN MASUK :RM2500
BAYARAN : YURAN UNI + RUMAH SEWA TUH = - RM1600
DUIT DEPOSIT PTPTN= -RM500
TINGGAL= RM2500-RM1600-rm500 =RM400
Huh?sedih beb ingat duit tinggal Rm400 kalau fikir-fikir balik. Memang sesak lah aku sekarang. Korang kalau kesian kat aku, klik lah iklan nuffnang kat atas nie. Sob3. Cam paksa pun ada.
Rumah murah sikit ada banyak di sekitar kawasan kampung dan perumahan sekitar ...er, aku pun tak berapa tahu sagat nama kampungnya.Salah satu rumah yang agak ok rumah atas kedai nie hah. Dekat jugak dengan kolej aku duk sekarang, kira selamat lah. Harga Rm 660 dan Rm720. Tapi, yang Rm660 dah penuh (budak Degree). Nie aku google cari rumah die.
Nak cari rumah kat area lain (jauh sikit dari kawasan kolej) boleh. Tapi masalah paling besar ialah pengangkutan. Aku manalah ada lesen nak drive, kalau ada pun nak drive ape, kereta sorong pun aku tak mampu lah.Memang agak susah la kalau nak pergi kelas lagi-lagi time pagi. Misalnya lah, aku duk kawasan luar, jauh sikit dari kampus lama bermakna aku kena jalan/berbasikal/berlari/tumpang sape-sape ke kampus lama. Kemudian tunggu bas kat sana untuk ke kampus baru di Proton City (jauh lebih kurang 20minit dari kampus lama).Tak ke banyak masa habis kat situ.
Lagi satu pulak, tinggal kat luar nie banyak risikonya. Rogol,samun, curi, rompak, ragut, bunuh! semualah berisiko. Dah lah Tanjung Malim nie macam pekan Zombie (ayat dari orang yang post kat FB). Banyak kes dah jadi. Ada orang bagi warning jugak supaya tak menyewa kat Taman Universiti sebab kat situ kawsan panas. Panas berapa darjah celcius aku pun tak tahu.
Rumah, Oh rumah! Mana aku nak duduk sem depan nieh!!!
Selamat tinggal KHAR
Update 28 September, 5.25 p.m
Isu pengeluaran pelajar Diploma dari KHAR. Mesyuarat bersama pengetua, JMK dan pengurusan KHAR serta wakil MPP sesi 2012/2013. Alternatifnya, pelajar diploma seramai 400 pelajar yang dikeluarkan dari KHAR akan ditempatkan semula di UKLK Tam
an Bahtera dengan kadar sewaan dan tempohmasa penginapan yang baru. Maklumat lanjut esok (Sabtu) Taklimat khas bersama pelajar yang dikeluarkan dan dibuka kaunter Kolej UKLK Taman Bahtera dan kaunter MPP bagi membantu. Jam 2.00 petang temuduga khas bagi pelajar yang ingin merayu tinggal di kolej. Maklumat lanjut hubungi pengurusan KHAR, JMK dan wakil MPP sidang 2012/2013. - Pengetua KHAR
alhamdulillah dok uitm je .. yuran kecik sikit.. adala merasa pegang 2ribu every sem
ReplyDelete